syukur alhamdulillah :)
ASSALAMUALAIKUM
Firstly , jawab salam tu dulu . berdosa tak jawab sbb memberi salam itu sunat dan menjawab salam itu wajib :) title kali ni apa ? tertanya tanya kan ? title kali ni "syukur alhamdullilah" . wahh tajuk , nak story sikit lahh sebelum ucapan syukur itu dilafazkan . boleh kan ? kan kan ? *dalam hati korang : sure* wahh perasan :D
bertarikh 18/12/2012 > Debaran kian terasa . esok nak ambik result dah . mmg duduk taksenang lahh . tgh iron baju sek pun terfikir mcm'2 . hanya berserah pada Allah jaa . aku tau Allah akn bg setakat mana yg kita usaha kan . kawan'2 pun text "ckp goodluck for result" . alahaii goodluck nye esok je lahh . buat aku ketarr jaa . btw , thanks noe hampa hampa hampa dan hampa . atleast hampa ingat kat aku kann . hehe :*
bertarikh 19/12/2012 > penantian penuh debaran . dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap . atudiooo pnjangnyaa dup dap nyee . dengar tak dengar tak ? ketarr ouhhh , grrr . Ya Allah Maha Suci Allah . hambaMu Nurul Nabilla hanya mampu tawakkal kepadaMu setelah usaha yg aku lakukan selama hampir 3 thn sebelum aku mengambil pmr . Dan hari ini Ya Allah , setiap langkah perjalanan ku penuh tawakkal kepadaMu dan apa yg berada dalam otakku ini hanya Engku Ya Allah , ibubapaku . adakah aku dapat menggembirakan mereka . pengorbanan mereka terlalu besar . terasa tak terbalas olehku . Ya Allah apa yg akan aku dapat nanti aku akan redha , aku akan kuatkan ht ini dan aku pohon padaMu agar kau hapuskan rasa riak dalam hati ini seandainya keputusan yg bakal aku peroleh adalah cemerlang . butir'2 doa aku layarkan buatMu Ya Ilahi , moga'2 apa yg akan aku lihat akan menguatkan lg iman di hati , In Shaa Allah . Bismillah hitawakkal tu'allah , ucapan yg terucap di bibir takkala guru memanggil nama . Ya Allah , hanya air mata dapat menzahirkan rasa hati takkala PK Hem mmberitahu aku antara 3 pelajar terbaik , hanya ucapan Alhamdulillah mampu aku ucapkan apabila slip peperiksaan sudah berada di hadapan mata . Sesungguhnya Engkau Maha Besar Ya Allah . mmg tidak pernah aku menduga akan memperoleh keputusan sebegini walaupun target sekolah untuk aku adalah 8a . tetapi aku bersyukur padaMu kerana Engkau menganugerahkan aku kejyaan sebegini . Alhamdulillah dgn pencapaian 5a 3b , aku akan cuba untuk memperoleh yg terbaik lg pada spm akan datang . semoga Engkau beri aku kekuatn dan kesabaran . terima kasihh Tuhan .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirry48QfjfXRHpk5guJ1NC4F3tPT3wLsvlIWoN74skG0sSwTekasi78JJYjUvKGCqWjP3Pj_i6pww0-14OYitIu8uFImMhKqMc7CEYK7iMP0zw11wHsivxW8XwR1koRyavbiYK_lTCRcYW/s400/DSCN0675.JPG)
motivasi buat diri : Seandainya kita jatuh hari ini , bangunlahh . seandainya kita menagis hari ini kuatlah . seandaiya kita gagal hari ini , berusahalah dan seandainya kita berjaya hari ini maka teruskanlahh . gagal sekali bukan beerti gagal selamanya dan berjaya hari ini bukan pengakhirannya . wahai diri , masih banyak halangan yg perlu kau rentasi , masih banyak dugaan yg bakal kau tempuhi . kuatkan lahh iman di hati , moga'2 segalanya berakhir dgn sebuah kejayaan yg hakiki , ameen :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan