![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMWcUY9FrhXoc3DVkEbOTlTrWfN3-RFTROmApV69-y5ty55Fn7XLCTzpiizxwvrKOBo1-HP2DBPM3fRbk1RjvaLY99HXh-a6RkZSGUkD-9ah0CZGKYBnGvdBUaEp6h_NHiNU8sMPKPpmc/s1600/assalamualaikum.png)
Awak. Dah lama ila pendam semua ni. Bila tiba saatnya
ila takmampu nak pendam, ila kena update kat sini. Persoalan yang dah lama
berlegar dalam kepala, yg mendambakan jawapan yang sebenar benarnya. Ingat
waktu dia dari melaka ke Bangi? Do you still remember my questions? Do you
still remember your answer? Tentang, “Jika ila takhadir dalam hidup dia”. Ingat
kan? Dan ila bertanya lagi “adakah dia akan tunggu Su”. Jawapan yang dia bagi,
pendek, ringkas tapi penuh maksud, punya maksud yang mendalam. “Tunggu su mmg
takdapat. Jodoh takkemana”. Kalau lah org lain, apa yang orang lain akan rasa?
Sumpah sakit. Ila sakit sebab disebalik ayat tu ada kekecewaan yang masih
terdapat dalam hati dia. Kalau benar dia sayang ila, dia takkan rasa kekecewaan
tu. Yaa perkara tu dah lama berlalu. Tapi bukan semudah 1,2,3, bukan semudah
A,B,C nak lupakan orang yang pernah menjadi permaisuri dihati kita. Kan? Jujur
ila cakap, memang sebak dengan jawapan tu. Dalam hati “ Ya Allah, benarkah apa
yang aku rasa”, “Bersalahkah aku mencintai insan yang hakikatnya hatinya masih
ada orang lain. Salahkah Ya Allah”. Jika ila ada kekuatan, ila nak tanya dia
semua tentang nii. Tapi ila takberani, tahu tak berani? Tapi bila difikirkan
balik, takguna ila cinta dengan orang yang pura pura bahagia dengan ila. Andai
kebahagiaan dia ada bersama su, ila sanggup lepaskan dia. Walau hakikatnya ila
yang derita. Ila tau ila takdapat bahagiakan dia. Kebahagiaan dia ada bersama
su. Sampai bila ila kena tanggung semua ni? Sampai bila? Jika ini sekadar
mimpi, mmg ila takpeduli. Tapi ini adalah realiti yang perlu ila harungi. Janji
ila pada diri, apa pun ila akan lakukan asalkan dia bahagia. Tolong jujur
dengan ila, Ila takmintak lebih pun dari kasih sayang. Jujurlah siapakah yg
sebenarnya. Ila taksuka ditipu. Ila taksuka dipermainkan. Yaa? Bila difikirkan balik bagaimana susahnya ila nak dapatkan dia dulu, mesti niat nak lepaskan dia terbantut. *waitingforyourexplanation. When i gives up, it's not because I doesn't love you but because I tired of getting hurt and feels like you don't care anymore :/
Su. Kalau lah dia pilih hg. Kalaulahh. Hanya pesanan ja aku mampu bagi. Tolong jagakan dia buat aku. Tolong sayang dia dengan ikhlas. Jangan sakitkan hati dia, jangan duakan cinta dia. Hg kawan aku. Aku sayang hang. Aku sayang dia. Cuma takdir sebegini yang buatkan aku lemah. Tapi apapun terima kasih sebab kenalkan aku seorang insan yang mmg aku respect. Yang punya budi bahasa yg tinggi, akhlak yang baik dan seorang hamba Allah yg sempurna pada aku. Jodoh bukan kita yg tulis. Kalau dah tertulis di Luh MahfuzNya dia milik hg, kenapa perlu tolak kan? Jangan risau, aku pun mungkin bahagia. Janji Allah, kebahagiaan pasti ada pada setiap insan. Lambat atau cepat, ia pasti datang. Iloveyou kawan J
Ya Allah, kuatkan hati wanitaku ini. Kuatkan lah Ya Allah. Berpura bahagia atas kebahagiaan insan yang disayang itu bukan mudah. Jatuh bangun aku takkan mengalah asalkan aku dapat redha Allah. Kegelapan malam menutup segala kemelutan. Membuat diri sendiri dalam mengharungi ujian Tuhan. Sungguh, pengharapan yang aku ada hanya padaMu Ya Allah. Berharap kasih sayang aku padaMu melebihi segalanya. Sakit memang sakit. Sedih memang sedih. Hidup perlu diteruskan selagi ada nafas yang belum terhenti. Ilasayangkamusehinggajodohyangsebenartiba :’( Love because of Allah, Allah will make it last for ever.
HATI
Seorang yang bernama WANITA. Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang
dihiasi dengan kelembutan. Hati yang diselaputi dengan kesabaran. Hati yang
tahan untuk disakiti. Hati yang belajar erti taat dan setia.
Muslimah
sekalian,
Sedarkah
kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat. Terkadang
emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa betapa tabah dan
kuatnya hati ini.
Betapa
cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan dan kekuatan
yang ada pada kita. Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi
dan hatinya dengan cinta kepada Illahi.
Wahai
wanita,
Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan
kita,janganlah kita mudah jatuh pada satu ujian yang diberiNya. Emosi yang
dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hatiwanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak. Bukan tanda kelemahan
tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.
Jika
kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan
pernah dikesalkan. kerana Hari ini mengajar kita tentang hari esok. Agar pengalaman
hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih mengingatiNya pada perjalanan
kita yang seterusnya.
Insyaallah.
Untuk
suami:
Pernikahan
atau perkawinan, Menyingkap tabir rahsia.
Isteri
yang kamu nikahi,
Tidaklah
semulia Khadijah,
Tidaklah
setaqwa Aisyah,
Pun
tidak setabah Fatimah .
Justru
Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang
punya cita-cita, Menjadi solehah.
Pernikahan
ataupun perkawinan,
Mengajar
kita kewajiban bersama .
Isteri
menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri
ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri
kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri
adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri
bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya .
Saat
Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika
Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya
Isteri tulang yang bengkok, ber-hati²lah meluruskannya.
Pernikahan
ataupun perkawinan,
Menginsafkan
kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk
belajar meniti sabar dan redha,
Kerana
memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justru
kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu
bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun
bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma
suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh. Amiiin
Tolong Beritahu Jodohku
Tolong beritahu jodohku, aku ada
beberapa pesanan untuknya,
Tolong beritahu jodohku, cinta
agung lagi suci adalah cinta dariNya,
Tolong beritahu jodohku, cinta
pada manusia boleh buatnya lupa
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku
lebih dari yang Maha Esa,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan
merinduiku lebih dari Maha Pencipta
Tolong nasihatkan jodohku, jangan
mendoakanku lebih dari ibu bapanya.
Tolong katakan pada jodohku,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada jodohku,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong katakan pada jodohku,
dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga
Tolong ingatkan pada jodohku, aku
terpikat kerana imannya bukan paras rupa
Tolong ingatkan jodohku, aku lebih
mencintai zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan jodohku, aku
menyayanginya kerana budi bahasanya
Tolong tegurkan jodohku, bila
beliau mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegurkan jodohku, bila
beliau mula tenggelam dengan angan-angannya
Tolong tegurkan jodohku, andai
nafsu mula mengawal fikirannya
Tolong sedarkan jodohku, aku milik
yang Maha Pencipta
Tolong sedarkan jodohku, aku masih
milik keluarga
Tolong sedarkan jodohku,
tanggungjawabnya besar pada keluarga
Tolong sabarkan jodohku, usah ucap
cinta andai cita-cita belum tercapai..
Tolong sabarkan jodohku, usah
dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..
Tolong sabarkan jodohku, usah
bimbang tentang jarak antara kita..
Tolong pesan pada jodohku, aku
tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya
Tolong pesan pada jodohku, aku
tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan pada jodohku, biarlah
Maha Pencipta menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku
tidak mahu membuat dia terleka
Tolong khabarkan pada jodohku, aku
mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku
mahu dia jadi penyokong kejayaanku.
Tolong sampaikan pada jodohku, aku
mendambakan cinta suci dan luhur darinya
Tolong sampaikan pada jodohku,
mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada jodohku,
hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada jodohku,
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
Bismillahirrahmanirrahiim
♥
Ya Allah. Hamba
menginginkan seorang Jodoh yang dengan
keimanannya mampu mengarahkanku pada pilihan yang baik.
Bersedia mendengar
ketika aku ingin bicara.
Menyediakan bahunya
untuk tempatku bersandar.
Merelakan tangannya
untuk menyeka airmataku.
Menyerahkan hatinya
hanya padaku dan membimbing hamba menuju jannah-Mu.
Ya Allah, let our
eyes see the best in people, our hearts forgive the worst, our minds forget the
bad and our souls always keep faith. La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana
.Janganlah kamu takut & janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah
ada bersama kita. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan