Bersabarlah wahai hati.



Malam jauh melebarkan sayapnya. Semakin gelap, gelap takterpandang dek mata. Teraba raba, tercari cari dimanakah cahaya dariNya. Jauh sudah berjalan, pelbagai rintangan aku temui, segala rasa aku nikmati. Gembira, sedih, kecewa, teruja. Ada kala aku kuat, ada kala aku lemah. Kadang kala aku jatuh, kadang kala aku rebah. Sakit bukan sedikit. Luka beribu luka, derita berjuta derita. Tapi ini hidup. Hidup yang banyak mengajar pengalaman. Pengalaman mungkin dari kebahagiaan mahupun keperitan. Yang namanya hidup mmg perit. Kata mak, simpan dulu keperitan dan kesedihan kita. Suatu hari nanti kalau dah berjaya, ceritalahh bagaimana kita berusaha untuk berjaya. Bukan senang. Banyak rintangan yang menghalang. Kalau iman takkuat, habis kecundang ditengah jalan. Allahhu Allah.

Ya Allah, dimanakah silapnya? Sampai begini sakit dikhianati. Bukan aku mengeluh ya Allah, terkadang aku takkuat menanggung. Di mana harus aku luah, dimana harus aku lepas rasa hati?  Mungkin salah aku. Silap aku dalam memberi hati, silap aku 100% mempercayai. Sumpah aku percaya dia Ya Allah. Dan berharap kepercayaan ini dapat mempertahankan hubungan kami. Tapi aku silap. Luas kata janji, besar kata cinta. Kini BERKECAI HANCUR  MUSNAH  RANAH  PUNAH  semuanya. Di manakah harapan aku dulu? Dimanakah dia yang aku sayang dulu? =’( Wahai hati, bukan semua orang faham kita tau? Bukan semua orang dapat bahagiakan kita tau? Bukan semua orang yg kita sayang akan sayang kita balik tau? Dan bukan semua kepercayaan itu takpernah dikhianati. Haha, sekarang sakit bukan? Tepuk dada, tanya iman. Dimanakah iman aku sampai sebegini mengeluhnya dengan dugaanNya? Takpe laah awak. Fi Hifzillah. Terima kasih untuk segalanya J
Aku ada Allah, aku ada mak ayah, aku ada kawan kawan. Yeaah, ramai lagi yang aku ada. Yang sentiasa ada untuk aku, In Shaa Allah. Ya Allah, jangan ambik mereka yang aku sayang dari aku yaa? Ingat dapat tanggung sorang sorang tapi takk. Jalan kat sekolah pg td, aku pegang tangan naja. Panggil dia najaa~ ,sayu jaa. Naja cakap “Cerita laa Bella, aku tau hg takkuat”. Lama aku diam. Duduk kat koridor tengok bola. Bukan aku takmau cerita naja, tp kalau aku cerita aku sebak. Lagipun hg baru ja dapat bahagia kan setelah hati disakiti. Takkan aku nak cerita masalah aku kat hg. Tapi aku cerita jugak. Sorry naja, aku mmg takkuat. Aku genggam tangan aku, tarik nafas pelan pelan dan hembus. Pelan pelan aku ceritaa. Dan akhirnya, aku cerita jugak. Perkataan yang keluar dari mulut naja “ Bella, aku takpernah tengok hg lemah mcm ni”. Bukan aku nak lemah depan hg naja, tp makin lama makin beban tanggung sorang sorang. Dah lama dah hg paksa aku cerita kan bila nampak perubahan aku. Tapi aku takboleh. Takboleh bawak hg sekali dalam hal ni. Lagipun aku malu. Malu percaya aku dikhianati , dipandang sepi =’( Macam mana kalau mak tau hal ni? Ya Allah.

Dear someone. I have no words to say. Untill now, no text from you. Why do you run away from your problem? You know what? You’re never win if you run away from your problem. It’s just stupid action. Be truth with me please. I need you. I just sick of pretending to be happy without you. Deep down in my little heart, I really missyou. It's crazy how I can get hurt so bad from the person I never expected it from. Dear heart, If you dare to love someone, you must dare to take the risk that the person may leave you. I want the hurt to stop. I want to fast forward to the happy ending. That’s all. God Willings.


**I am fighting with my own feelings. I want to cry but I can't. I want to give up but I just can't. I just have to be strong. I know I can.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan