Assalamualaikum,
first of all. Happy Eid my dear readers. Puasa habis tak? okay good job dear.
Taklambat rasanya nak ucap Selamat Hari Raya. Baru raya ke-4 lahh kan? Chill lahh,
ewahhh J Sorrry, takdapat
nak wish awal sebab sibuk, almaklumlah lah nama pun perempuan, right? Acecece
=D ngeee~
Dikesempatan ini saya
insan yang diberi nama Nurul Nabilla Binti Amran menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya terlajak kata, tersalah bicara, tersilap langkah,
terpinjam harta benda, termoody taksemena mena, Ter semua lahh yang kena
mengena. Harap diampun semuanya. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Ramadhan telah pun
melabuhkan tirainya. Sayu menerpa jiwa, mengharapkan kesempatan untuk
melaluinya Ramadhan pada tahun akan datang. Ameen.
I'm just sick of pretending to be happy without you =’)
Untaian kata-kata yang
lahir dari hati mahupun bibir untuk memujuk hati yang sedang kesedihan. Kerana
apa kita sedih? Gagal dalam pelajaran? Dikhianati kawan? Putus cinta? Disisih
sahabat? Dibuang keluarga? Kehilangan insan tersayang dan sebagainya. Itu
lumrah dalam satu kehidupan. Itu lumrah dalam satu perasaan. Lawan sedih itu bahagia.
Itulah roda kehidupan, kadang-kadang bahagia terasa, sedih menyapa, namun
kedua-duanya punya airmata. Bagaimana untuk tidak merasa sedih? Maka haruslah bahagia.
Bagaimana untuk bahagia? Maka tersenyumlah! senyum itu boleh jadi redha, senyum
itu juga satu pemberian, senyum itu tanda bahagia, senyum juga satu sedekah!
Maka tersenyumlah wahai diri. Meniti kehidupan ini, ada pasang surutnya, ada
naik turunnya, ada suka dukanya. Apa yang diberi-Nya itulah yang terbaik
untukmu. Apa yang kau dapat itulah yang sebenarnya kau perlukan. Apa yang kau
miliki, hargai dan syukurilah. DIA yang menatap lembut dirimu maka DIA yang
tahu apa yang terbaik untukmu. Maka Tersenyumlah diri. Sebagai manusia, kau hanya
merancang. Yang menentukan Yang Maha Esa. DIA lah sebaik-baik perancang.
Rencana-NYA itu pasti sesuai dengan kehendakmu kerana DIA tahu kemampuan dan
keperluanmu. Ilmu-Nya itu luas dibandingkan dengan ilmumu. Ilmu-NYA itu tak
terjangkau oleh pemikiran manusia. Sesunggunya DIA yang Maha Mengetahui. Maka
Tersenyumlah diri. Ujian apa pun yang menimpamu, itu tanda sayangNYA. Maka jadikan ujian itu untuk menambah cinta
mu juga kepadaNYA. Bersabar dengan segala
yang mengujimu. Itu semua adalah tanda kasih dan perhatianNYA padamu.
Done for today. Thankyou
for visiting my blog and Selamat Hari Raya again =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan