Assalamualaikum.
Dengan lafaz Bismillahhirohmanirrohim, hamba mohon kepadaMu Tuhan untuk kuatkan aku atas segalanya yang bertandang. Di bulan yang mulia dari seribu bulan ini, izinkan aku. Izinkan aku Ya Allah untuk bertaubat. Berilah aku kesempatan untuk bertaubat dan terimalah taubatku ini Ya Allah. Sungguh, dosaku terlalu banyak. Umpama pasir di pantai. Tapi pahalaku? Sukar ditemui seperti mutiara dalam kaca. Allah =’( Aku ingin mendapat redhaMu ya Allah. Jadikanlah aku seorang hambaMu yang solehah, seorang anak yang solehah pada kedua ibu bapaku, seorang rakan yang dapat membimbing rakan yang lain mencapai redhaMu, dan jika diberi kesempatan, izinkan aku menjadi seorang isteri juga seorang ibu yang terbaik buat suami dan zuriatku. Ameen. Jauhkan aku dari godaan Syaitan Ya Allah agar aku tenang dalam melakukan ibadat terhadapMu. Ampunkan segala dosaku Tuhan. Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan kerana hilang dari jalan menuju redhaMu Ya Tuhan. Aku tahu, ada masanya kita 'tergelincir' & terhumban ke gaung dalam, terdampar kita sendirian dalam 'gua kegelapan'. Meraba-raba tangan cuba meneka di mana kita berada bila mata tak mampu melihat apa-apa. Kita diam dan cuba mendengar dengan teliti jika ada bunyi yang mampu membantu akal untuk meneka lokasi. Hampa. Saat itu kita ketuk pintu hati. Hati matanya luar biasa. Ia mampu melihat dalam gelap gelita. Hati kata "Cari cahaya". Aku kata "Mana ada!". Hati jawab "Pejam mata. Dzikir namaNya. Selawat buat baginda. Sedikit demi sedikit kau akan nampak cahaya. Jangan berhenti. Cahaya itu akan lebih besar dan terang bila kau lebih banyak berdzikir & berselawat sehingga yang lain boleh jadi sinar cahaya atas cahaya akan menjelma depan mata".

“AKU PENDOSA TANPA
NOKTAH”
” Ya Allah!
Sesungguhnya Engkau menaqdirkan kami menghadapi musuh yang sangat memahami
kelemahan kami. Ia dan kumpulannya melihat kami sedangkan kami tidak melihat
mereka. Ya Allah! Engkau jadikan mereka putus asa menggoda kami sepertimana ia
berpuasa asa dari rahmatMu. Haramkan ia bagi kami sebagaimana Engkau
haramkannya dari keampunanMu. Jauhkan kami darinya sepertimana Engkau jauhkan
mereka dari rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap
sesuatu.”
“Ya Allah, aku tidak
tahu dalam keadaan seperti manakah buku catatan ku itu. Ya Allah, aku tahu
lebih banyak dosa daripada pahala yang telah malaikat-Mu catatkan. Ya Allah,
aku hanya hamba-Mu yang lemah dan siapalah diriku ini tanpa Mu Ya Allah. Ampunkanlah
segala dosa-dosaku yg aku ketahui mahupun hanya Engkau ketahui Ya Allah. Jadikanlah
hamba-Mu ini, insan yang selalu beribadat kepada Mu, Ya Allah. Jadikanlah
hamba-Mu ini, insan yang melakukan segala perkara hanya untuk-Mu
Ya Allah.
Jadikanlah hamba-Mu
ini, insan yang selalu bersyukur dengan kurniaan-Mu, Jadikanlah hamba-Mu ini,
dalam golongan makhluk yang Engkau kehendaki. Moga ada belasMu untukku berada
sentiasa didalam rahmatMu. Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu segala
sesuatu yang menyebabkan turunnya rahmatMu, segala sesuatu yang memastikan
ampunanMu, keselamatan dari segala dosa, keberuntungan dari setiap perbuataan
baik, kemenangan meraih Syurga, dan selamat dari api Neraka. Moga Seluruh
Keluargaku Berada Di Dalam RahmatMU.
Amin ya Rabbal
alamin".
Pesanan buat diri :
"wahai hatiku, wahai jiwaku, wahai jasadku, bertaubatlah
kepada Allah, amalkanlah apa yang telah ada pada jasadmu, pada jiwamu, pada
hatimu, andai tiada lagi ilmu, maka berusahalah untuk mencarinya,
mempelajarinya dan kemudian mengamalinya. Sesungguhnya orang yang beriman
kepada Allah swt dengan sepenuhnya adalah orang yang ada padanya ilmu dan ada
padanya amal yang istiqomah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMWcUY9FrhXoc3DVkEbOTlTrWfN3-RFTROmApV69-y5ty55Fn7XLCTzpiizxwvrKOBo1-HP2DBPM3fRbk1RjvaLY99HXh-a6RkZSGUkD-9ah0CZGKYBnGvdBUaEp6h_NHiNU8sMPKPpmc/s1600/assalamualaikum.png)
walikum salam
BalasPadam=)
Padam